NEW DELHI - Dalam tempoh kurang sebulan, seekor lagi cheetah mati di Taman Negara Kuno di Madhya Pradesh, India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Isnin.
Punca sebenar kematian cheetah jantan berusia enam tahun itu masih belum dapat dipastikan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan hutan Madhya Pradesh, haiwan itu mati pada petang Ahad.
Cheetah itu dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba dan telah diberikan rawatan.
Iklan
Cheetah itu adalah antara 12 cheetah yang dibawa dari Afrika Selatan pada Februari tahun ini.
Pada 27 Mac lalu, seekor cheetah betina mati akibat penyakit buah pinggang.
Iklan
Setakat ini terdapat 20 ekor cheetah yang dibawa ke India,18 daripadanya masih hidup. - Bernama