PM jemput orang ramai meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini.

Jemputan itu dikongsi Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook.

Iklan

Kemudian ia akan diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei bermula 11 pagi hingga 2 petang dan Wisma Majlis Bandaraya Seremban esoknya dari 10.30 pagi hingga 3 petang.

Penganjuran di Kelantan bakal diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Iklan

Rumah terbuka di kedua-dua negeri berkenaan akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari 8 malam hingga 11 malam. - Bernama