KEMAMAN - Seorang kanak-kanak antara empat mangsa yang maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di jalan Terengganu-Jabor, di sini pada petang Isnin.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung nahas melibatkan dua kereta jenis Proton Persona tersebut jam 4.47 petang.
Iklan
Iklan
Katanya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dibantu anggota bersedia di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
"Sebaik tiba di lokasi terdapat tujuh mangsa di dalam salah sebuah kereta di mana dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan manakala seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan dua kanak-kanak cedera.
Menurut Azman, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia selesai jam 8 malam tadi di mana mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.15 malam.
"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.