KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tiba jam 8.35 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Mohd Isa akan berdepan dengan satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima suapan lebih RM3 juta.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah ditahan dan disiasat SPRM selama lima hari pada Ogos berhubung pembelian hotel di Kuching dan London.