Wujudkan sistem kerja bergilir

Iklan
Nizam

SHAH ALAM - Kerajaan dicadangkan mewujudkan sistem jadual kerja secara bergilir dalam kalangan anggota penguat kuasa di sempadan negara bagi mengelakkan berlaku korupsi.

Pengerusi Yayasan Anti rasuah Malaysia (Kelantan), Muhamad Nizam Ismail berkata, tempoh lama bertugas di sesebuah tempat menyebabkan sesetengah anggota tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan kesalahan.

Iklan
Iklan

"Bila mereka sudah ‘masak’ dengan kawasan sekitar, mereka cukup tahu apa yang berlaku termasuk mengenali orang di tempat itu. Di situlah bermulanya masalah, macam-macam perkara tidak betul dibuatnya.

"Untuk beberapa bulan kumpulan lain jaga, kemudian untuk seterusnya kumpulan berlainan pula mengambil peranan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) direman pada 29 Mac lalu, bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Dalam pada itu, Muhammad Nizam menambah, sekiranya isu korupsi tidak dapat dikawal, ia bakal mendatangkan implikasi besar terhadap keselamatan negara.

Iklan

"Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama JIM telah membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK).

"Cuba fikir, sekiranya sistem kawalan kita betul terjaga, adakah mereka boleh terlepas dan jalankan sindiket seumpama ini?” soalnya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan tidak boleh memandang ringan terhadap sebarang langkah memperkasa kawalan melibatkan keluar masuk di sempadan negara.