Sarri lancar perang psikologi

Iklan
Maurizio Sarri

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri seolah-olah mahu melancarkan perang psikologi menjelang pertemuan dengan Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini dengan mengatakan The Blues berkemungkinan tewas pada aksi di Old Trafford itu.

Jelas Sarri, meskipun lawannya itu berada dalam prestasi buruk ketika ini, namun beliau percaya United akan berusaha sedaya upaya untuk bangkit mencipta kemenangan terutamanya dalam di laman sendiri.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau enggan memberi sebarang jaminan bahawa The Blues mampu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itersebut.

"United mempunyai peluang lebih cerah (untuk menang). Saya yakin kerana mereka perlu menang baki tiga lagi perlawanan bagi menempatkan diri dalam kelompok empat teratas liga.

Iklan

"Saya yakin mereka akan menampilkan permainan yang lebih baik apabila bertemu kami nanti. Amat sukar untuk melakukan perancangan menentang pasukan yang berkualiti seperti United.

"Tetapi kami akan cuba dan berusaha untuk memberikan saingan nanti," katanya.

Iklan

Chelsea tidak memiliki rekod yang baik ketika menentang enam pasukan terbaik EPL.

Namun, Sarri menyifatkan keputusan lalu tidak menggambarkan prestasi sebenar pasukan dan beliau percaya musim pertamanya di Stamford Bridge masih berjaya.

"Bagi saya musim pertama ini agak baik memandangkan ia musim yang sangat sukar. Ini hanya langkah pertama dan kami perlu memperbaiki banyak aspek lagi untuk kembali berada di atas.

"Namun, buat masa ini saya berasakan semuanya agak baik untuk kami," ujarnya.