MUAR - Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Perdana di sini, pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 malam.
Iklan
Iklan
Jelasnya, seramai empat anggota berserta satu utiliti pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Anggota bertindak memotong mangga pintu menggunakan alatan khas 'circular saw'," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Menurut Mohd Azhar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis.