Lelaki berpakaian seragam tentera bunuh 60 penduduk kampung

Iklan
Gambar hiasan

DOUALA - Sekurang-kurangnya 60 penduduk maut dibunuh oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam tentera dalam kejadian di kampung Karma di utara Burkina Faso, kata seorang pendakwa raya tempatan pada Ahad.

"Komander briged gendarmerie Ouahigouya melaporkan kepada saya seramai 60 penduduk kampung Karma dibunuh oleh lelaki yang memakai pakaian seragam tentera," kata Lamine Kabore, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Susulan insiden itu, Kabore mengarahkan siasatan dijalankan untuk menahan semua yang terlibat.

Serangan seperti itu lazim berlaku di Burkina Faso yang dibelenggu oleh keganasan sejak beberapa tahun lalu, selepas tentera merampas kuasa dalam dua rampasan kuasa pada Januari dan September 2022.

Iklan

Sejak itu, ramai orang awam dan tentera maut, menjadikan negara itu negara kedua paling terjejas di dunia, menurut Indeks Keganasan Global 2023. - Bernama

Iklan