Hari kelima Op Selamat 20 rekod 1,551 kemalangan

Iklan
Kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu sebanyak 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,551 kemalangan direkodkan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, pada Isnin.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

Iklan
Iklan

"Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu sebanyak 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

"Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi JSPT pada Selasa.

Iklan

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

15 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata, Op Selamat ke-20 bermula 20 hingga 27 April bertemakan 'Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi' bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.

Iklan

Fokus utama operasi itu adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

PDRM akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes pecah rumah melalui elemen MPV, URB serta rondaan bit yang akan diatur gerak secara holistik dan sistematik di taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat yang menjadi tumpuan orang ramai, selain mengurangkan beban kesesakan.