Ular sawa seberat 150kg terbelit tali ditangkap

Iklan
APM Mersing menangkap ular sawa seberat 150kg di sebuah chalet di Air Papan Mersing. - Foto APM Mersing

MERSING - Ular sawa seberat kira-kira 150 kilogram (kg) ditangkap di kawasan chalet di Air Papan Mersing, pada Isnin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing, Nurnajibah Abdullah Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan jam 12.15 malam daripada pekerja chalet tersebut.

Iklan
Iklan

"Anggota kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular sawa yang terbelit pada tali itu.

"Ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk tindakan seterusnya sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan