'Apa PM buat semua tak betul' - Setiausaha Politik Anwar

Iklan
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Muhammad Kamil.

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim membidas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya kononnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di negeri tertentu hanya bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, kenyataan itu dilihat bersifat prejudis terhadap Anwar.

Iklan
Iklan

"Biasalah tu. Apa yang Perdana Menteri buat semua tak betul. Rumah terbuka pun salah, basmi kemiskinan tegar pun salah.

"Silap hari bulan, kalau Perdana Menteri nak pulihkan masalah air di Kelantan pun nanti dianggap agenda Freemason.

Iklan

"Sakit. Hati mereka ini sakit," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa.

Pada Selasa, Dewan Ulama Pas Pusat menyifatkan langkah Kerajaan Madani pimpinan Anwar mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di negeri tertentu hanya bermotifkan politik menjelang PRN akan datang.

Iklan

Ahmad berkata, majlis tersebut menyebabkan berlaku lebih banyak pembaziran semata-mata untuk memenuhi kerakusan politik Anwar dan kerajaan campuran itu.