'Bantu kemiskinan bukan hanya institusi zakat'

Iklan
Zahir selaku panelis pada Wacana Sinar bertajuk ‘Sara Hidup: Rakyat Masih Tersepit? yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Peranan untuk mengubah kehidupan asnaf keluar dari kemiskinan bukan hanya terletak pada institusi zakat, namun ia memerlukan keterlibatan lebih banyak agensi lain.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata, ini kerana situasi dihadapi ketika ini memerlukan keadaan yang sistematik selain tidak boleh menyelesaikan masalah dengan hanya menjuruskan kepada satu agensi.

Iklan
Iklan

"Saya berpandangan institusi zakat menjadi sebuah institusi penting untuk memastikan keadaan itu berubah menjadi lebih baik tapi tak boleh berhenti setakat agensi tersebut sahaja tetapi keseluruhan jenteranya, agensi-agnesi kerajaan dan sebagainya.

"Jadi ia memerlukan satu pendekatan holistik dan menyeluruh bagi kita menangani sistem yang sistematik sedang dihadapi sekarang ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar bertajuk ‘Sara Hidup: Rakyat Masih Tersepit? yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panel ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr Rosni Adam dan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Izham Nayan manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Iklan

Dalam pada itu, Zahir berkata, ramai pihak memberi pelbagai reaksi berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan sebelum ini yang meletakkan satu pencapaian sasaran untuk memastikan bahawa kemiskinan tegar itu menjadi sifar pada akhir tahun.

Ujarnya, ramai memberi reaksi termasuk ada yang menyatakan ia adalah dongeng, fantasi dan mustahil untuk dicapai.

"Tapi kita kena ingat bahawa penanda aras seperti kita sebut tadi. Maknanya nak kata mustahil, tak boleh kita katakan ia adalah mustahil.

"Jadi apabila kita letakkan sasaran bahawa kemiskinan tegar itu dapat kita sifarkan akhir tahun, maka ia menjadi satu kemestian untuk sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya.

"Tolak perbezaan politik kerana itu adalah menjadi satu keutamaan untuk kita semua," ujarnya.