Pemimpin perlu pastikan persatuan tidak terpalit anasir negatif

Iklan
Abu Bakar memukul gong sebagai simbolik perasmian Persidangan Perubatan Alami 2019 di Ombak Villa di sini, hari ini. – Foto Sinar Harian

LANGKAWI - Pemimpin persatuan hendaklah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab berorganisasi agar tidak terpalit dengan perbuatan negatif.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, ini antara faktor kemajuan sesebuah pertubuhan itu sukar untuk bergerak lebih maju.

Iklan
Iklan

Katanya lagi, apabila seseorang itu diamanahkan dengan jawatan, beliau hendaklah mengambil tanggung jawab sebaik mungkin.

"Apabila berorganisasi, kita hendaklah buat bersama-sama dengan mengetepikan kepentingan peribadi.

Iklan

"Sekiranya kepentingan peribadi lebih besar, ini akan membuatkan persatuan ditolak. Tindakan ini akan merosakan persatuan yang kita ketuai itu," katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Perubatan Alami 2019 di Ombak Villa di sini, hari ini.

Persidangan hari ini telah mengumpulkan lebih 250 pakar perubatan dari pelbagai bidang antaranya perubatan tradisional Melayu-Islam, perubatan alam semula jadi dan alternatif lain.

Iklan

Tambah Abu Bakar, gabungan ini juga akan lebih berdaya saing apabila semua gabungan ahli bersatu dan saling percaya antara satu sama lain.

Dalam perkembangan sama, Abu Bakar turut menyarankan gabungan ahli perubatan ini menggunakan semua saluran yang disediakan kerajaan untuk memajukan perniagaan.

"Gunakan kesempatan ini, cuma jangan sesekali membelakangkan hukum ALLAH, undang-undang dan tidak memudaratkan hingga akan menjerat diri serta perniagaan," katanya.