KUALA LUMPUR - Malaysia melonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 untuk berada dikedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, ia merupakan lonjakan ketara dari kedudukan ke-41 pada 2018 dan ke-32 pada 2016, dan kedudukan terbaik yang dicapai Malaysia ialah di tangga ke-25 dalam laporan LPI Bank Dunia 2014.