Pengantin baharu ditahan bersama dadah direman enam hari

Iklan
Suspek wanita dan lelaki (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

TELUK INTAN - Pasangan pengantin baharu yang ditahan bersama 9.26 kilogram dadah di sebuah masjid di Chikus, Langkap dekat sini pada Selasa direman selama enam hari.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 23 dan 24 tahun yang bermula pada Rabu hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret, T Ashvinii di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek yang melangsungkan perkahwinan Isnin lalu diberkas polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian melaporkan suami isteri itu ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sekitar jam 12.30 tengah hari.

Iklan

Pasangan berkenaan berada dalam sebuah kereta dipercayai sedang menunggu pelanggan dan bekalan dadah jenis heroin yang dirampas dipercayai untuk diedarkan ke luar daerah dan boleh digunakan hampir 10,000 penagih.

Kedua-dua mereka yang tidak bekerja juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan masing-masing mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

Iklan