Rompak pelantar minyak: Panggilan video selamatkan suami

Iklan
Empat lelaki termasuk dua beradik warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika melakukan rompakan di pelantar minyak di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat pada Selasa.

KOTA TINGGI - Panggilan video seorang isteri berjaya menyelamatkan suami dan rakannya yang diserang dalam kejadian rompakan di sebuah pelantar minyak di perairan Tanjung Langsat pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sewaktu panggilan video itu, isteri kru pelantar minyak berusia 24 tahun itu melihat telefon bimbit suaminya dirampas salah seorang perompak.

Iklan
Iklan

"Isteri kru pelantar terbabit berada di Johor Bahru dan membuat panggilan video dengan suaminya. Panggilan video itu dibuat dipercayai sekitar jam 10 malam.

"Sewaktu panggilan dibuat, isteri kru pelantar menyaksikan telefon bimbit suaminya dirampas dan paparan skrin telefon berkenaan bertukar gelap. Wanita terbabit bertindak pantas dengan melaporkan kejadian tersebut kepada MERS999," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili di sini pada Rabu.

Saiful Lizan ( kanan) menunjukkan lokasi kes rompakan di perairan Tanjung Langsat dalam sidang akhbar di Zon Maritim Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Menurut Saiful Lizan, Maritim Malaysia kemudiannya menghubungi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) untuk mengesan kedudukan pelantar yang dilaporkan oleh isteri mangsa.

Iklan

"Kebetulan isteri kru pelantar itu tahu lokasi suaminya, dengan menyebut pelantar Aurora Produser 1. Anggota kemudiannya menghubungi LPJ untuk mengesan kedudukan pelantar itu.

"Kami mengarahkan bot peronda yang sedang dalam Ops Pagar Laut untuk membuat tinjauan di pelantar dan memang benar terdapat empat suspek sedang menarik kabel logam ke dalam bot di bawah pelantar terbabit," katanya.

Pelantar minyak di perairan Tanjung Langsat yang dirompak empat lelaki warga tempatan.

Beliau memaklumkan, mangsa lagi trauma, namun telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Seri Alam, Pasir Gudang.

"Kedua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan diuruskan oleh ejen perkapalan mereka untuk rawatan,"ujarnya.