KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang membantu untuk memasarkan lebihan bekalan sayuran khususnya tomato di Cameron Highlands ke zon Utara dan Selatan bermula Selasa.
Pengarahnya, Saiful Safri berkata, jumlah tersebut akan melibatkan 24 metrik tan daripada 15 pekebun di kawasan tersebut.
Menurutnya, pasaran dibuat melalui outlet FAMA di negeri-negeri berkaitan seperti pusat khidmat pemasaran lembaga itu, pasar tani dan pasar tani kekal.
"Turut terlibat di Agrobazar Rakyat, Agrobazar Kedai Rakyat dan juga peruncit.
Ujar Saiful, pengaturan dan pengangkutan tersebut diaturkan oleh FAMA Pahang melalui Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Cameron Highlands.
Dalam pada itu, beliau berharap untuk tindakan masa depan, petani terus menghubungi pihak mereka bagi mendaftarkan diri dalam program ladang kontrak.
"Ia agar kesepakatan dan perancangan pemasaran dapat disusun bersama," tambah Saiful.
Sebelum ini, timbul dakwaan beberapa pekebun sayur di sekitar Cameron Highlands dipercayai sengaja membuang dan memusnahkan bekalan sayur-sayuran bertujuan menaikkan harganya ekoran lambakan bahan itu di pasaran ketika ini.