Runtuhan kecil masih berlaku di MACA - Polis

Iklan
Kontraktor-kontraktor melakukan kerja pembaikan susulan tanah runtuh yang berlaku di hadapan MACA di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan terdapat runtuhan kecil yang masih berlaku di kawasan tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, di sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, terdapat beberapa runtuhan dipercayai berlaku pada 10 malam dengan sedikit pergerakan tanah mengenai kawasan pagar Institut Integriti Malaysia (IIM).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi masih diteruskan hari ini dengan bantuan beberapa pasukan teknikal iaitu Jabatan Mineral dan Geosains, Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Jadi kita melihat dan mendapati masih berlaku runtuhan dan hakisan tanah di tempat runtuhan, sekadar menutup dengan kanvas mungkin tidak dapat mengurangkan risiko bahaya.

Iklan

"Kita sedang berbincang untuk memasang cerucuk besi bagi mengelakkan bangunan berdekatan iaitu Institut Integriti Malaysia (IIM) dan MACA daripada terus terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Eng Lai berkata, polis percaya antara faktor insiden tanah runtuh ini ialah disebabkan terdapat aliran air yang ditemui semalam dan takungan air atau mendapan.

Iklan

"Perbincangan akan dijalankan bersama pasukan teknikal bagi proses pemasangan cerucuk besi di kawasan runtuhan pada 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

"Kami akan bincang sebentar lagi dan apakah hasil mesyuarat serta bila boleh dilaksanakan (pemasangan cerucuk besi) akan dimaklumkan pada satu sidang media yang dijadualkan pada 5.30 petang ini,” katanya.

MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan seramai 45 individu susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam. - Bernama