Tadika Pasti dua tingkat musnah terbakar

Iklan
Tadika Pasti di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam terbakar pada Rabu. - Foto Bomba Selangor

SHAH ALAM - Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Lorong Haji Said, Kampung Jalan Kebun, di sini musnah terbakar dalam kejadian pada Rabu.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Andalas dan BBP Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.37 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sekolah Pasti dua tingkat berukuran 40x80 kaki persegi.

"Bagaimanapun, api berjaya dikawal pada jam 1.22 petang," katanya pada Rabu.

Iklan

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam insiden berkenaan dan penghuni rumah serta premis kedai berjaya menyelamatkan diri.

"Pasti itu musnah 90.99 peratus manakala kediaman dan kedai terbakar 80 peratus.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran," katanya.