Rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat berlepas ke Jeddah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

PUTRAJAYA - Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di ibu negara Sudan Khartoum, selamat meninggalkan Port Sudan ke Jeddah Arab Saudi awal pagi Rabu (waktu Sudan).

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) berkata, semua rakyat Malaysia meninggalkan pelabuhan itu dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi, selepas menempuh perjalanan yang sukar selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum.

Iklan
Iklan

Wisma Putra turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada Kerajaan Arab Saudi dan UAE kerana menjayakan pemindahan itu.

Iklan

Kenyataan itu menyebut bahawa atas semangat belas kasihan, Malaysia turut membantu warga Kemboja, Palestin, Filipina, Singapura, Sudan, Thailand, dan Amerika Syarikat meninggalkan Sudan dengan selamat di bawah pengawasan rapi dan usaha operasi pemindahan Malaysia.

Setakat ini, lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera sejak konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus pada 15 April lalu. - Bernama

Iklan