Double Six beroperasi secara haram: Siasatan Australia

Iklan
Bangkai pesawat GAF Nomad pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Sabah. - Foto The Golden Son of The Kadazan/ Bernard Sta Maria

SHAH ALAM - Siasatan Australia berkenaan pesawat buatan Government Aircraft Factories (GAF) Australia yang terhempas mengorbankan 11 individu termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens didapati beroperasi secara haram.

Menurut tribunal laporan bencana Australia, draf manual bagi operasi pesawat yang diserahkan Sabah Air pada penghujung 1975 itu masih belum diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (CAD) ketika itu.

Iklan
Iklan

"Ini menunjukkan Sabah Air mengendalikannya tanpa kelulusan,” kata laporan yang dikeluarkan Arkib Australia pada Rabu.

Pada 5 April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan siasatan akhir berhubung insiden pada 47 tahun lalu diturun taraf dan dinyahklasifikasi.

Iklan

Jelas Anwar, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri selepas mengambil kira pandangan yang dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat waris insiden pesawat tersebut yang juga digelar sebagai Double Six.

Laporan akhir siasatan nahas itu telah diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di laman sesawang Kementerian Pengangkutan bermula 12 April.

Iklan

Dalam tragedi itu, pesawat ringan jenis Nomad 9M-ATZ membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976.