BEREGU lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya melepasi halangan pertama pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Rabu.
Bagaimanapun, pasangan kelapan dunia itu terpaksa bekerja keras apabila bertarung sehingga set penentuan sebelum mengatasi pasangan India M R Arjun dan Dhruv Kapila 12-21, 21-16, 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.