ARSENAL kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi bahasa badan pengendali, Mikel Arteta selepas kekalahan 1-4 kepada Manchester City menunjukkan dia tahu peluang kejuaraan mereka telah hilang.
Pasukannya gagal menghalang serangan berterusan City apabila Kevin De Bruyne menjaringkan dua gol dengan John Stones dan Erling Haaland turut mencipta nama sebagai penjaring.
Iklan
Iklan
Penyandang juara, City akan berada di tempat teratas EPL jika mereka menewaskan Fulham pada hujung minggu setelah mengekori Arsenal sepanjang musim.
"Kami perlu melakukan semua yang kami lakukan setakat ini dengan baik dan mula dapatkan kemenangan semula," katanya.
Arsenal kehilangan momentum apabila seri tiga perlawanan berturut-turut sebelum tewas di Etihad dan mereka terasa kehilangan tonggak pertahanan William Saliba yang mengalami kecederaan.
"30 minit pertama semua perkara asas menentang pasukan teratas gagal untuk kami lakukan dan jelas kami dihukum.
"Kami menentang pasukan yang luar biasa. Kami juga pasukan yang luar biasa - tetapi hari ini kami gagal memberikan saingan," katanya.