Tidak siapa sangka, seorang pesara guru yang berusia 88 tahun mampu menghasilkan 600 jenis origami jet pejuang dengan menggunakan kertas.
Ee Choo Teck, yang telah aktif dalam bidang origami selama 24 tahun, turut memiliki sebuah studio untuk mempamerkan ribuan hasil karya origaminya di Bukit Jambul sini.
Iklan
Iklan
Ee, yang berasal dari Yong Peng, Johor berkata beliau mula menaruh minat dalam origami selepas menghadiri ke pameran kapal terbang di Singapura pada tahun 1998.
Tambahnya, origami pertama yang beliau hasilkan adalah bersaiz kertas A4 iaitu mirip jet pejuang F15 yang sebenar dan yang paling besar pernah dihasilkan adalah bersaiz lebih satu meter, yang memerlukan hampir sehari untuk disiapkan.
Katanya, dalam sehari, beliau mampu menghasilkan lebih 100 origami jet pejuang bersaiz kertas A4 dalam lapan hingga 10 jam sehari.
Beliau menjual hasil karyanya dengan harga RM5 hingga RM10 mengikut saiz dan jenis jet pejuang di Lebuh Armenian.
Artikel Berkaitan