Pemandu lori tangki maut rempuh treler

Iklan
Keadaan lori tangki yang remuk di bahagian hadapan selepas merempuh lori treler dari arah bertentangan di Kilometer 168, Jalan Johor Bahru-Seremban, Tenang, Segamat.

SEGAMAT - Seorang pemandu lori tangki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler berhampirkan Pekan Tenang Stesen, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa Khairul Azhar Mohamed, 33 disahkan maut di tempat kejadian apabila kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori treler dari arah hadapan.

Iklan
Iklan

Menurut Raub, berdasarkan siasatan awal, lori tangki dari arah Johor Bahru menghala ke Seremban dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

"Pada jam lebih kurang 8.30 pagi kami dimaklumkan telah berlaku satu kejadian kemalangan maut di Kilometer 168, Jalan Johor Bahru-Seremban, Tenang, di sini.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati pemandu lori tangki dari arah Johor Bahru telah hilang kawalan dan melanggar bahagian depan kanan lori treler yang sedang melalui lokasi kejadian.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu lori tangki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Segamat,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Iklan

Menurut beliau, pemandu lori treler berusia 63 tahun pula mengalami kecederaan di muka.

Katanya, ketika kejadian, cuaca dan permukaan jalan dalam keadaan baik.