Liverpool mula pamer kekuatan sebenar

Iklan
Jurgen Klopp - Foto: EPA

JURGEN Klopp menggesa Liverpool agar terus menunjukkan karakter sebenar mereka selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut untuk berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham 2-1 di Stadium London pada Khamis hasil jaringan Cody Gakpo dan Joel Matip yang membatalkan gol awal Lucas Paqueta.

Iklan
Iklan

"Saya juga menggemari aksi babak kedua. Kami terpaksa terpaksa bertungkus lumus akibat corak permainan fizikal West Ham, mereka sentiasa mempunyai peluang untuk bangkit selagi kami tidak membunuh permainan dan kami tidak melakukannya.

Klopp berkata pasukannya berhak menang perlawanan tersebut selepas turut dibayangi kontroversi bola terkena tangan Thiago Alcantara di dalam kotak penalti di penghujung perlawanan.

Iklan

"Saya juga terdengar mengenai bola terkena tangan tetapi ketika itu saya sedang memandang ke arah lain.

"Saya fikir pemain saya hanya jatuh ke atas bola tetapi saya boleh faham mungkin kalau (pengendali West Ham) David Moyes melihatnya daripada sudut yang berbeza sama sekali.

Iklan

"Akhirnya, jika anda melihat perlawanan ini, saya fikir kami memang berhak menang dan itu bagi saya sangat penting," katanya.