FRANK Lampard mengakui wajar diejek oleh penyokong yang berang dengan prestasi Chelsea selepas tewas 0-2 kepada Brentford pada awal pagi Khamis.
Jaringan sendiri Cesar Azpilicueta dan rembatan lewat, Bryan Mbeumo menyaksikan Chelsea gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir mereka.
Iklan
Iklan
Chelsea gagal menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh aksi terakhir dan kini berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Saya tiada masalah dengan ejekan penyokong. Saya tidak duduk di sini untuk menentang penyokong dan berkata jangan ejek pemain," ujarnya.
Pada masa sama, Lampard percaya kekurangan keyakinan dalam setiap pemain menjadi punca kekalahan tersebut.
"Ia sesuatu yang sukar. Mereka telah mengharunginya (prestasi merosot) lebih lama daripada saya dan ada keyakinan yang rendah dalam setiap diri pemain, katanya.
Lampard yang bertindak sebagai pengurus sementara hanya mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini dengan kemungkinan bekas pengendali Paris Saint Germain dan Tottenham Mauricio Pochettino menjadi calon pilihan dilantik pengurus baharu Blues.