Subvarian baharu Omicron XBB.1.16 cetus kebimbangan

Iklan
WHO sedang memantau XBB.1.16 yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19. - Foto fail Bernama

LOS ANGELES - Subvarian Omicron baharu kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala baharunya.

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai"arcturus", bertanggungjawab untuk 9.6 peratus kes Covid-19 semasa di negara ini, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Subvarian Omicron XBB.1.5 kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang 73.6 peratus daripada kes baharu Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.

Iklan

Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara.

WHO sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini di India.

Iklan

Pakar memberi amaran bahawa peratusan XBB.1.16 dijangka meningkat di AS dalam beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan menjadi jenis koronavirus dominan seterusnya di negara itu.

XBB.1.16 mempunyai mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, lebih mudah dijangkiti, dengan peningkatan dikesan dalam kalangan kanak-kanak, menurut Neha Narula dari Stanford Health Care.

"Kita masih mengesan sakit tekak, batuk, demam, dengan mengesan simptom baharu yang menyaksikan lebih ramai pesakit kanak-kanak dan dewasa mengalami konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai - mata merah jambu," kata Narula kepada CBS. - Bernama-Xinhua