Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89

Iklan
Foto Facebook Istana Negara.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89 kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan itu.

Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara.

Iklan
Iklan

"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota tentera laut yang telah terkorban semasa bertugas.

"Yang di-Pertuan Agong turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut catatan itu.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. - Bernama