Tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak naik lima kali ganda

Iklan
Muhammad Danish, Noorasiqin

JOHOR BAHRU - Kerajaan diminta campur tangan menyelesaikan isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang sudah terlalu mahal sehingga meningkat lima kali ganda terutama menjelang musim perayaan.

Pengerusi Persatuan Raban Anak Sarawak Johor, Muhammad Danish Sangkan Jantom, 51, berkata, peningkatan harga tiket penerbangan amat berbeza dengan waktu biasa dan perkembangan tersebut seperti sudah tidak dapat dikawal lagi.

Iklan
Iklan

Muhammad Danish juga menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga tiket, sehinggakan komuniti Sabah dan Sarawak yang menetap di semenanjung khususnya di negeri ini merasa amat terbeban berikutan masalah tersebut berlarutan sejak berpuluh tahun, namun masih tiada penyelesaian.

"Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak yang berhijrah ke Semenanjung adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan, selain mengikuti ahli keluarga mereka.

Iklan

"Kebanyakan mereka juga bukanlah golongan senang, jadi peningkatan harga yang keterlaluan amat menyukarkan mereka untuk pulang menyambut perayaan di kampung halaman masing-masing.

"Disebabkan itu juga, ada antara mereka tidak pulang beraya selama beberapa tahun, hanya kerana tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan, apatah lagi sekiranya mereka sudah berkeluarga di sini," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Iklan

Muhammad Danish yang sudah berhijrah ke semenanjung sejak 1996 berkata, tawaran dan potongan harga yang dibuat syarikat penerbangan pula terhad, biasanya dinikmati masyarakat Sabah dan Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur sahaja.

Beliau menganggarkan lebih 30,000 masyarakat Sarawak kini menetap di Johor, manakala lebih daripada 100,000 berada di semenanjung khususnya di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu dan Perak.

Perkara sama turut disuarakan Noorasiqin Mohd Ali Ajing, 33, yang terpaksa menyimpan wang beberapa bulan semata-mata untuk pulang ke kampung di Betong, Sarawak bagi menyambut perayaan Gawai, bulan depan.

"Aidilfitri ini, kami menyambutnya di sini, kampung halaman suami adalah di Batu Pahat. Jadi kami sekeluarga akan pulang ke kampung saya di Sarawak untuk sambutan Hari Gawai nanti.

"Tiketnya telah saya beli pada Januari lalu, empat bulan lebih awal. Ketika itu harganya adalah RM270 sehala, jadi untuk saya lima sekeluarga, kira-kira RM5,000 juga untuk pergi dan balik," katanya.

Walaupun harganya mahal katanya, orang Sabah dan Sarawak di sini tidak mempunyai pilihan lain kerana mahu pulang bertemu dengan ahli keluarga dan saudara kerana jika pulang pada hari biasa sukar bertemu mereka.

Sehubungan itu, ibu kepada tiga anak itu turut berharap kerajaan negeri dapat membantu penduduk negeri berkenaan yang mahu pulang ke Malaysia Timur khususnya ketika musim perayaan.