Salah guna nama PKM Rawang perdaya syarikat komputer

Iklan
Wei Kiat (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat susulan terdapat pihak menyalah guna nama PKM Rawang bagi melakukan penipuan secara dalam talian.

RAWANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalah guna nama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Rawang bagi memperdaya syarikat pembekal komputer.

Wei Kiat berkata, perkara itu dikesan pada Mac lalu selepas syarikat pembekal tersebut tampil ke PKM Rawang bagi tujuan pengesahan pembelian lima unit komputer riba.

Iklan
Iklan

Menurutnya, modus operandi mereka berurusan melalui Facebook menggunakan akaun salah seorang kakitangan pelatih di PKM terbabit bagi tujuan pembelian peralatan tersebut.

"Pelaku menyatakan PKM Rawang sedang mencari lima komputer riba dengan harga RM3,500 untuk anjur satu pertandingan dalam talian.

Iklan

"Susulan itu, syarikat berkenaan telah membuat tempahan diminta namun peralatan tersebut tidak dituntut lebih tiga minggu menyebabkan mereka ke PKM Rawang untuk menghantar pesanan tersebut," katanya pada Khamis.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang tempahan komputer riba terbabit.

Iklan

"Setelah disiasat, akaun Facebook yang digunakan palsu dan pihak saya telah membuat laporan polis susulan salah guna nama PKM bagi tujuan penipuan pada 20 April lalu.

"Saya berharap orang awam lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum proses jual beli dibuat bagi mengelak penipuan terutama ketika berurusan secara dalam talian," katanya.