Naik taraf baharu WhatsApp, suami mula 'gelisah'

Iklan
Tangkap layar laman Facebook Mark Zuckerberg

SHAH ALAM - Sejak aplikasi WhatsApp boleh diakses menerusi empat peranti secara serentak, pengguna terutama golongan suami dilihat 'gelisah' sekiranya golongan isteri mengambil kesempatan terhadap penambahbaikan platform permesejan itu.

Melihat ke ruangan komen pengasas Facebook, Mark Zuckerberg selepas mengumumkan perkara berkenaan pada Rabu, pemilik akaun Mohd Fadli Salleh menyifatkan naik taraf itu sebagai satu 'bala'.

Iklan
Iklan

"Bala belaka ini Mark. Habislah bini (isteri) sedunia nak buka WhatsApp suami nanti," katanya.

Selain itu seorang pengguna Facebook dengan nama Aruna Biswas pula merasakan naik taraf terbaharu itu melanggar hak privasi pengguna.

Iklan

"WhatsApp sudah tidak bagus lagi, privasi sudah hilang," katanya.

Pembaharuan yang diumumkan itu dapat memudahkan pengguna yang memiliki empat peranti untuk mengakses satu akaun WhatsApp yang sama.

Iklan

Fungsi ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka yang memerlukan sokongan lebih daripada seorang 'admin' untuk menguruskan akaun WhatsApp perniagaan.

Bagaimanapun fungsi baharu itu bakal tersedia secara berperingkat menerusi paparan 'link to existing account' sewaktu pendaftaran WhatsApp pada peranti berbeza.