Lima maut bot laju penumpang karam

Iklan
Foto hiasan 123RF

JAKARTA - Sebuah bot laju penumpang yang membawa kira-kira 80 orang, terbalik di perairan wilayah Riau di barat Indonesia pada Khamis, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa lagi terperangkap di dalam bot karam itu, kata seorang pegawai.

Bot laju SB Evelyn Calisca 01 karam di perairan Pulau Burung di daerah Indragiri Hilir pada kira-kira 16:00 petang waktu Jakarta (0900 GMT), Kukuh Widodo, pegawai akhbar di pejabat mencari dan menyelamat wilayah memberitahu Xinhua melalui telefon.

Iklan
Iklan

"Setakat ini lima mayat telah ditemukan manakala beberapa penumpang masih terperangkap di dalam bot,” katanya.

Pasukan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa daripada bot. Beberapa orang diselamatkan dalam kejadian itu, kata Widodo. - Bernama

Iklan
Iklan