Dakwaan rasuah seks: Polis belum terima laporan

Iklan
Razali

MELAKA - Polis Melaka belum menerima sebarang laporan bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang Exco kanan Melaka yang dikaitkan dengan skandal rasuah seks.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan polis membabitkan dakwaan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia termasuk tiada laporan diterima daripada individu yang dituduh ataupun dibuat pihak lain mengenai perkara itu.

"Saya hanya boleh sahkan belum menerima apa-apa laporan polis mengenai isu ini," katanya ketika ditemui di Banda Hilir di sini pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Timbalan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Beliau bagaimanapun belum membuat sebarang laporan polis dan menyifatakan video rasuah seks tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politiknya

Iklan