Rumah terbuka bersama PM tidak bermotifkan politik

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN - Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk bermesra dengan rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, rumah terbuka merupakan satu kesempatan untuk pemimpin tertinggi negara berjumpa dengan rakyat jelata.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penganjuran rumah terbuka turut memberi kesempatan kepada rakyat untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Rumah terbuka adalah satu kesempatan untuk mendampingi rakyat, bermesra dengan rakyat," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran aplikasi Pearl-One Touch Penang di Dewan Bandaran hari ini.

Iklan

Beliau mengulas dakwaan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) kononnya Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri pada musim perayaan Aidilfitri di enam negeri mungkin menyebabkan penyalahgunaan agensi serta jentera kerajaan.

Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri akan bermula di Kedah esok diikuti Pulau Pinang pada 6 Mei, Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei). - Bernama.

Iklan