Cuaca panas air sungai kelantan surut

Iklan
Cuaca panas yang panjang bukan sahaja mengakibatkan tanah menjadi kering dan merekah malah menyebabkan paras air sungai Kelantan surut ketika tinjauan di Kampung Pasir Era.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1 (Berjaga-jaga).

Keadaan cuaca panas berkenaan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.