Tiga tentera AS maut nahas helikopter

Iklan
Helikopter AH-64 Apache yang terbabit dalam nahas di Alaska. - Foto Agensi

LOS ANGELES - Tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan seorang cedera apabila dua buah helikopter yang pulang dari misi latihan di kawasan terpencil di Alaska bertembung sesama sendiri.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Tentera Udara AS, dua anggota tentera disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian berhampiran Healy, Alaska manakala anggota ketiga maut semasa dalam perjalanan ke hospital.

Iklan
Iklan

Tambahnya, seorang lagi anggota sedang dirawat di hospital sejurus nahas itu dan pihaknya sedang menyiasat punca kejadian yang berlaku kali kedua dalam tempoh sebulan.

Nahas terbaharu membabitkan helikopter AH-64 Apache adalah insiden kedua berlaku dalam tempoh kurang sebulan.

Iklan
Iklan

Pada Mac lalu, dua buah helikopter Blackhawk milik tentera AS dilaporkan terhempas semasa melakukan latihan penerbangan di Kentucky, yang mengorbankan semua sembilan anggota tentera. - AFP