Saran Pulau Pinang naikkan caj beg plastik
Iklan
Tze Tzin (kiri) bersama Kam Ming ketika melancarkan kempen selamatkan bumi bersempena Projek Kasih Sunshine di Pasaraya Sunshine, semalam.
BAYAN BARU - Kadar caj 20 sen terhadap beg plastik yang dikenakan di pusat membeli-belah dan pasar raya di negeri ini perlu dikaji semula bagi meningkatkan kesedaran orang ramai selain mengurangkan penggunaan bahan itu setiap hari.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, pencemaran plastik dan penyedut minuman pada masa kini amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan sungai dan laut tercemar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beberapa hari lalu Jabatan Perikanan melaporkan terdapat seekor penyu agar diselamatkan di Segari dan didapati saluran rektumnya tersumbat dengan sisa plastik.
"Masalah ini bukan hanya berlaku di negara ini malah di peringkat global. Jadi untuk Pulau Pinang, saya cadangkan agar kerajaan negeri melihat semula kempen beg plastik yang diadakan sebelum ini dengan menaikkan kadar caj yang dikenakan dari 20 sen kepada 50 sen hingga RM1.
Iklan
"Ini tiada kaitan dengan kos sara hidup tetapi kita mahu masyarakat di negeri ini sedar dan berhenti menggunakan beg plastik serta penyedut minuman plastik kerana ia boleh mencemarkan alam. Banyak alternatif lain yang boleh digunakan bagi menggantikan beg plastik dan penyedut minuman," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen selamatkan bumi bersempena Projek Kasih Sunshine yang diadakan di sini hari ini.
Tze Tzin (kanan) menunjukkan gambar penyu agar yang diselamatkan Jabatan Perikanan selepas didapati saluran rektumnya tersumbat dengan sisa plastik.
Turut hadir, Pengarah Urusan Sunshine Wholesale, Yee Kam Ming.
Iklan
Dalam kempen yang diadakan oleh Pasaraya Sunshine itu, mereka menawarkan beg beli belah kitar semula secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja melebihi RM50 dalam satu resit.
Selain itu, pelanggan juga akan diberikan penyedut minuman khas yang diperbuat daripada aluminium dengan pembelian barangan melebihi RM80 dalam satu resit.
Kam Ming berkata, Pasaraya Sunshine adalah pasar raya pertama di negara ini yang menghentikan penjualan beg plastik dan juga penyedut minuman kepada pelanggan.
Katanya, program itu diadakan sebagai tanggungjawab sosial pihaknya kepada masyarakat dan alam sekitar bagi memastikan kualiti alam terus terjamin dalam mengurangkan pencemaran.
"Kempen ini tidak akan berjaya sekiranya orang ramai masih lagi tidak mempunyai kesedaran dan kita berharap semua pihak dapat bersama-sama menjaga alam dengan menghentikan penggunaan menggunakan plastik dan penyedut minuman," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menimbang untuk menaikkan caj beg plastik kepada 50 sen seunit berbanding 20 sen selepas kadar semasa didapati kurang berkesan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, bagaimanapun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri sebelum dapat dilaksanakan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam