KOTA BHARU - Lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat di Pantai Telong, Bachok malam Jumaat ditemui lemas kira-kira jam 3.20 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 1.4 kilometer dari lokasi kejadian oleh sepasukan penyelamat yang sedang melakukan rondaan di pesisiran pantai berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pengecaman mayat dibuat oleh adik mangsa sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan.
Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama dua rakan dan empat kanak-kanak di Pantai Telong, Bachok malam Jumaat.
Mangsa, Mohamad Azwan Mohd Azman, 28, yang berasal dari Labok Machang dipercayai ditarik ombak ketika sedang melakukan aktiviti berkenaan.