Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Indonesia

Iklan

ANKARA - Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Maluku, wilayah Indonesia yang merangkumi Kepulauan Maluku tengah dan selatan, pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Iklan
Iklan

Gegaran dirasai pada kira-kira pukul 16:19 waktu tempatan (0919GMT).

Gempa bumi itu dicatatkan pada kedalaman 60 kilometer (37 batu), dengan pusat gempa sekitar 167 kilometer (103 batu) di timur laut bandar Tual, menurut BMKG. - Bernama.

Iklan
Iklan