'Kantoi' beri 'urutan' tambahan RM80

Iklan
Sebahagian pekerja asing yang ditahan imigresen dalam operasi premis urutan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Kuala Lumpur berjaya membongkar aktiviti urutan berahi di sebalik perkhidmatan urutan refleksologi selepas menggempur 10 buah premis di Bukit Bintang, di sini, malam tadi.

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, serbuan bermula jam 10.30 malam berjaya menahan 24 individu berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun termasuk empat warga tempatan merupakan majikan serta pengurus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, warga asing yang ditahan melibatkan lapan lelaki dan 12 wanita disyaki bekerja sebagai tukang urut.

"Semakan mendapati mereka ini terdiri daripada warga Indonesia (3 orang), Bangladesh (3 orang), Myanmar (11 orang), Vietnam (1 orang) dan Cambodia (1 orang) serta seorang lagi yang belum dapat dipastikan kerakyatan.

Iklan

"hasil pemeriksaan, warga asing ini tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Warga asing yang ditahan melibatkan lapan lelaki dan 12 wanita disyaki bekerja sebagai tukang urut.

Beliau berkata, ketika serbuan, terdapat segelintir warga asing ini cuba meloloskan diri dan menyamar sebagai pelancong bagi mengelak daripada ditangkap.

Iklan

Katanya, premis itu bukan sahaja menggajikan pekerja asing tidak sah, malah dipercayai juga menawarkan urutan 'ping pong' dengan kadar bayaran sekitar RM80 sehingga RM150.

"Majikan warga tempatan yang ditahan ini akan disiasat kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.