Liga Super: Perak menang di Kelantan

Iklan
Pemain pasukan Perak FC, Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar (kanan) mengawal bola daripada pemain pasukan Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kiri) pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini. - Foto Bernama

HASRAT Kelantan FC untuk menang di rumah sendiri tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV di sini sebentar tadi.

Babak pertama, tuan rumah beraksi garang apabila membuat beberapa percubaan ke atas gawang gol Perak FC.

Iklan
Iklan

Gol jaringan Nuha Marong Krubally pada minit ke-13 ternyata gagal bertahan apabila Perak FC melalui kesilapan Kapten Kelantan, Muhammad Yusri Yuhasmadi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-35.

Bagaimanapun, Luciano Guaycochea mula menambah jaringan, 10 minit kemudian.

Iklan

Skuad kendalian Frank Bernhardt beberapa kali mendapat peluang tetapi buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan.

Debaran memuncak pada minit ke-21 apabila Perak FC mula melakukan serangan di gawang gol Kelantan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan.

Iklan

Perak FC mengukuhkan kedudukan melalui sepakan gol ketiga jaringan Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-68.

Bagaimanapun Nor Syamel Abdul Ghani berjaya mengelakkan Kelantan terus dimalukan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-93.

Keputusan akhir Perak menang 3-2 ke atas Kelantan FC di hadapan 5,148 penonton di stadium.