Perkhidmatan 'teman raya' adalah haram - Mufti

Iklan
Laporan Sinar Harian. Mohamad Shukri (kanan).

SHAH ALAM - Perbuatan individu yang menawarkan perkhidmatan ‘teman raya’ dengan mengenakan sejumlah bayaran tertentu adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia diiklankan sekadar suka-suka seperti mana tular di media sosial baru-baru ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya membuat perkara yang tidak mempunyai makna dan sia-sia.

Iklan
Iklan

"Walaupun perkara itu dibuat sekadar suka-suka, namun sekiranya ia dilarang dalam agama maka hukumnya haram.

"Masyarakat gemar memandang perkara ini tidak serius, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia akan menjadi barah dalam masyarakat,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada 27 April lalu tular di media sosial mengenai trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ dan kekasih lakonan oleh segelintir masyarakat di negara ini.

Perkhidmatan yang diiklankan dengan bayaran serendah RM100 menerusi ciapan di Twitter itu juga mengundang rasa tidak senang ramai pihak dan disifatkan seakan menjual maruah diri.Dalam pada itu, menurut Mohamad Shukri, masyarakat khususnya golongan muda perlu peka dan cakna dengan ajaran Islam dan menjadikan sumber agama sebagai rujukan.

Iklan

"Justeru, media cetak dan elektronik memainkan peranan bagi mendidik masyarakat dan menggunakan pendekatan dakwah agar mereka tidak terus hanyut dengan perkara yang tidak memberi sebarang faedah.

"Pada pendapat saya tindakan undang-undang atau enakmen boleh dicabar dan merupakan langkah terakhir, namun pendekatan kesedaran serta dakwah lebih berkesan mengajak mereka ke arah kebaikan,” kata beliau.