'Kerajaan Perpaduan berbeza dengan kerajaan terdahulu'

Iklan
Anwar Ibrahim

ALOR SETAR - Pemerintah Kerajaan Perpaduan berbeza jika dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendekatan yang diterapkan dalam kerajaan kini lebih mementingkan integriti dan amalan baik dalam pentadbiran selain menolak rasuah dan penyelewengan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas hampir enam bulan menerajui kerajaan, gabungan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) nekad mahu membersihkan negara daripada amalan negatif.

"Barisan kepimpinan diterajui saya kini hampir berusia enam bulan. Kerja kami sekarang berbeza berbanding kerajaan lalu, tidak ada kontrak yang diambil, tidak diizinkan mana-mana menteri ambil balak, curi tanah, bersekongkol dengan tauke untuk kayakan diri dan keluarga. Ini tekad kami,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pengunjung yang memeriahkan Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate pada malam Jumaat.

Iklan

Anwar berkata, pemimpin seharusnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukan berlumba-lumba memperkayakan diri sendiri.

"Saya tak ambil gaji bukan kerana saya kaya. Saya malu pada rakyat. Rakyat susah, harga barang naik, kos kesihatan, kos makanan meningkat, Jadi kita perlu tunjuk contoh yang baik, jadi pemimpin bukan untuk kayakan diri dan keluarga.

Iklan

"Saya diberikan amanah untuk hentikan pihak yang merompak harta rakyat. Saya tidak akan tolak ansur daripada tanggungjawab untuk bersihkan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan,” katanya.

"Membazir ini dia ambil untuk kepentingan diri. Saya buat majlis jauh lebih murah daripada buat di Seri Perdana. Kalau anjur di Seri Perdana kerajaan yang bayar. Apa salahnya buat di Alor Setar bagi orang makan. Jimat belanja, jadi tak usahlah jadikan isu.

"Takkan lah kerana buat majlis ini boleh menangkan pilihan raya. Kerana bagi makan saya dapat undi? Saya nak rakyat sokong PH dan BN bawah Kerajaan Perpaduan kerana dasar kita bawa, yang akan mengangkat martabat rakyat dan negara,” jelasnya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk atas matlamat sama

Dalam pada itu Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara BN dan PH adalah disebabkan kedua-dua gabungan ini memiliki matlamat yang sama.

Jelasnya, kesepakatan itu tiada kaitan dengan habuan menjanjikan jawatan kedua tertinggi dalam negara atau untuk menyelamatkan kluster mahkamah dalam kalangan pimpinan UMNO.

Menurutnya, kesepakatan itu dicapai selepas kedua-dua pihak meletakkan syarat tertentu dan kemudiannya dipersetujui kedua-duanya.

"Orang kata pada saya, dulu lawan UMNO, sekarang kawan. Sebab apa saya berkawan, pertama kerana akur pada titah Yang di-Pertuan Agong.

"Ada kata sebab nak bagi Ahmad Zahid sebagai TImbalan Perdana Menteri, itu tak betul. Dia letak syarat kita bincang, antaranya dipersetujui untuk tata kelola yang baik, negara ini perlu diselamatkan, termasuk institusi negara mesti teratur serta menolak rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate di sini, pada malam Jumaat.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub serta barisan kepemimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) Kedah.

Dalam pada itu, Anwar tegaskan, kes mahkamah yang dikaitkan dengan Ahmad Zahid tidak perlu dicampuri dan serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk diadili.

"Kes mahkamah biarlah mahkamah putuskan. Yang ada pihak nak putuskan hukuman awal kenapa? Mereka pun kluster mahkamah ramai. Ada yang sokong juga.

"Yang saya tahu Ahmad Zahid amat titikberatkan dasar, tender semua dibuat secara tegas, inilah contoh pemimpin yang harus diraikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerajaan Perpaduan berbeza dengan kerajaan terdahulu'

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan pendendam' - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN: PM sangkal dakwaan negeri ditadbir pembangkang dianak tiri

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Kerajaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika diberi mandat