BALING - Seorang pekerja syarikat keselamatan maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Bandar, Jalan Baling-Weng, dekat sini, Jumaat malam.
Mangsa, Ahmad Halime Yusof, 56 tahun, berasal dari Kampung Bechah Sawa Mukim Siong, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa menunggang motosikal bersendirian dari arah Baling menghala ke Tanjung Pari.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kenderaan tetapi tidak lepas lalu merempuh mangsa.
"Akibat rempuhan kuat itu mangsa tercampak ke bahu sebelah kiri jalan manakala pemandu Myvi itu hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Awani.
Shamsudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Awani