Isteri maut dilanggar suami ketika undur kereta

Iklan
Seorang wanita maut dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Kulim, pada Jumaat. - Foto ihsan polis

KULIM - Seorang wanita maut dipercayai dilanggar suaminya ketika lelaki berkenaan mengundur keretanya dalam kejadian di Taman Selasih, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hujan dikatakan lebat ketika kejadian dan suami mangsa yang berusia 60 tahun itu tidak menyedari isterinya berada di belakang kereta tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 7 malam dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Suami mangsa ketika itu sedang mengundur kereta jenis Proton Saga dan ketika itu hujan lebat dan pandangan terhad lalu tidak nampak mangsa berada di belakang kenderaan.

Iklan

"Suami mangsa memberhentikan kenderaan selepas terlanggar kereta Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah rumah,” katanya ketika dihubungi Awani.

Mohd Redzuan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa keluar dari kereta kerana tertinggal barang di dalam rumah.

Iklan

Katanya, suami mangsa yang ketika itu sedang mengundur kereta, telah tertekan pedal minyak lalu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri sebelum melanggar sebuah kereta yang sedang parkir.

Mayat mangsa yang berusia 59 tahun telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Awani