'Realitinya kami masih ketinggalan dua mata'

Iklan
Guardiola - Foto EPA

PEP Guardiola memberi amaran bahawa Arsenal tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk menafikan kejuaraan ketiga berturut-turut Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas City membelasah Arsenal 4-1 pada Khamis, anak buah Guardiola berada dua mata di belakang Arsenal selain turut memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Iklan
Iklan

Arsenal hanya akan turun pada Selasa apabila melayan kunjungan Chelsea dan ia bermakna City berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga sekiranya menang ke atas Fulham pada Ahad.

Bagaimanapun, Guardiola menegaskan ia bukan masa untuk City bergembira sebaliknya perjalanan untuk menjadi juara masih berliku.

Iklan

"Secara psikologi, ia penting untuk kembali berada di kedudukan teratas. Tetapi, hakikatnya ia bergantung kepada kami, kami tidak perlu melihat apa-apa kecuali beraksi sebaik mungkin untuk menang perlawanan.

"Orang ramai mula berkata mereka mempunyai perasaan bahawa ia sudah berakhir. Ia belum berakhir. Ia akan berakhir apabila ia berakhir. Dalam setiap perlawanan, lawan kami bermain untuk menang.

Iklan

"Kami tidak akan ambil mudah. ​Sudah tentu kami gembira untuk beberapa perlawanan terakhir. Realitinya kami masih ketinggalan dua mata.

"Saya tahu hanya tinggal tujuh perlawanan. Tetapi, tujuh perlawanan adalah tujuh perlawanan, ia tetap banyak memandangkan kami juga perlu mengharungi saingan Liga Juara-Juara," katanya.