KOTA BHARU - Polis memburu seorang lelaki yang dilihat mencuri beg silang seorang jemaah sedang bersolat pada waktu Zohor di Masjid Muhammadi di sini Rabu lepas, setelah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 25 tahun pada pukul 2.50 petang hari yang sama, dan kerugian dianggarkan RM2,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM150.