Hasil kajian dorong PH kerja lebih kuat, kata Anwar

Iklan
Anwar (tengah) pada sidang akhbar di Hotel Perdana hari ini.

KOTA BHARU - Laporan Merdeka Centre yang mendakwa sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merudum hanya akan mendorong supaya kerajaan bekerja lebih kuat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian tersebut hanyalah sekadar kajian pendapat semata-mata, namun pandangan tersebut sedikit sebanyak membantu memberi input positif kepada mereka untuk memperbaiki pretasi pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Kita kena lihat (laporan) ini untuk beri perhatian terhadap kelemahan kita secara positif, tapi, kajian hanyalah kajian, bukan pandangan definitif.

Itu yang kita kena faham, ada setengah orang fikir ia muktamad.

Iklan

"Itu hanya pandangan berdasarkan kajian dan ia sepatutnya memberi laluan atau dorongan kepada kita untuk memperbaiki, sama ada persepsi rakyat, kefahaman atau beberapa tindakan yang perlu kita perbetulkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama pimpinan PH Kelantan di Hotel Perdana di sini semalam.

Iklan

Pertemuan tersebut turut dihadiri Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa dan Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Kelmarin, Merdeka Center dalam dapatan kajiannya mendapati kadar sokongan terhadap kerajaan PH merosot sebanyak 39 peratus berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018 berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada 5 hingga 11 Mac lalu.

Menurut kajian itu lagi, jumlah pengundi yang berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga didapati menurun daripada 71 peratus pada Ogos 2018, jatuh kepada cuma 46 peratus sahaja.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau dapat mengesan bahawa memang ada keresahan berdasarkan kepada hasil kajian itu kerana harapan rakyat yang tinggi.

"Ya, saya dapat kesan bahawa memang ada keresahan kerana rakyat ini harapannya tinggi dan masalah-masalah yang membelenggu negara kita itu sukar difahami rakyat," katanya.