ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri mencuri tumpuan.
Muhammad Sanusi yang tiba pada jam 10.40 pagi mengiringi Sultan Sallehuddin disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama rakyat di pekarangan Hotel Raia pada Sabtu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu dilihat ceria dan turut beramah mesra dengan kepimpinan peringkat Pusat dan negeri.
Muhammad Sanusi ketika ditanya mengenai penganjuran Rumah Terbuka Malaysia enggan mengulas lanjut dan hanya melambai kepada media yang ingin mendapatkan kenyataan beliau.
"Hari ini hari aman,” kata Muhammad Sanusi dengan senyuman sebelum meninggalkan majlis.
Muhammad Sanusi sebelum ini menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan kerana melibatkan kos tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri diadakan bermula di Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai serbu Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah
ARTIKEL BERKAITAN: RM1.6 bilion untuk Kedah - PM
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerajaan Perpaduan berbeza dengan kerajaan terdahulu'
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan pendendam' - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: PM sangkal dakwaan negeri ditadbir pembangkang dianak tiri
ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Kerajaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika diberi mandat
ARTIKEL BERKAITAN: 30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid